Berita

“Penantian 7 Tahun Berbaloi, TULUS Bakal Adakan Konsert Mini di Malaysia” di Gempak.com

30 Jun 2018

Penyanyi ternama Indonesia, TULUS bakal mengadakan konsert mini di Malaysia pada September ini.

Bertemu dengan penyanyi lagu Sewindu ini, dia terharu dengan sambutan yang diterima dari peminat di Malaysia.

“Saya tahu muzik saya didengari di negara luar, terutamanya di Malaysia menerusi laman sosial. Sejujurnya, saya sendiri tak sangka saya ada peminat di luar Indonesia.

“Saya sangat terharu dan rasa berbangga dengan sambutan yang diberikan. Alhamdulillah, akhirnya album ketiga saya, Monokrom dipasarkan di Malaysia,” kata TULUS yang ditemui ketika majlis pelancaran album terbabit di The Intermark, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mula menceburkan diri dalam dunia nyanyian di Indonesia dengan album debut berjudul Tulus yang dilancarkan pada tahun 2011, penantian peminat di Malaysia seakan berbaloi dengan terlangsungnya konsert mini itu kelak.

“Saya mula berkarya pada tahun 2011. Tahun 2014 pula saya muncul dengan album kedua yang berjudul Gajah.

“Terbaru, saya melancarkan album ketiga berjudul Monokrom dan sambutannya sangat baik di Indonesia. Akhirnya, album ketiga saya dapat peluang untuk dipasarkan di Malaysia.

“Saya anggap perkara ini sebagai satu hadiah yang manis untuk peminat Malaysia yang menanti selama tujuh tahun serta ia menjadi salam perkenalan kepada peminat baru di sini,” katanya lagi.

TULUS bakal mengadakan konsert mini pertamanya di Malaysia pada 18 September ini di Istana Budaya dan acara tersebut dianjurkan oleh Shiraz Projects.

 

**Sumber :

http://www.gempak.com/artikel/10182/penantian-7-tahun-berbaloi-tulus-bakal-adakan-konsert-mini-di-malaysia yang diakses 30 Juni 2018, pukul 22.37 wib.