Selepas konsert pertamanya laku keras dan ‘sold out’ di Istana Budaya pada tahun lalu, TULUS kembali merayakan keberadaan lapan tahun dirinya dalam industri dengan muncul melalui Tulus Sewindu Tour – Kuala Lumpur.
Sewindu membawa maksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia dan konsert dengan durasi dua jam ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya.
Ini kerana TULUS akan mempersembahkan barisan lagu-lagu dari single terbaru-baru hinggalah kepada lagu-lagu hits melalui tiga albumnya termasuk ‘Gajah’, ‘Pamit’ ‘Sewindu’, ‘Monokrom’ dan banyak lagi.
Shiraz Projects Sdn Bhd dan TULUSCompany dengan bangganya mempersembahkan konsert kedua penyanyi ini di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 8.30 malam, 3 Ogos 2019 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Konsert ini merupakan perayaan ulang tahun kelapan TULUS dalam industri dan juga menghargai sokongan amat besar yang diperolehinya dari ribuan peminat setia baik di Malaysia dan di sekitar rantau ini.
Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati dengan iringan 21 pemuzik yang selama ini menyokong Tulus.
Tiket berharga RM 860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold) RM200 (Silver), RM160 (Bronze). Tiket untuk konsert sudah mula dijual sejak 28 Mei 2019 lalu di www.myticket.asia
***Sumber : http://www.gempak.com/artikel/19835/tulus-singgah-lagi-di-malaysia-bakal-adakan-konsert-ogos-ini, yang diakses pada 1 Juni 2019, pukul 19.00 WIB